Part 1


Catatan perjalanan. Ini biasa. Semua orang punya catatan perjalanan. Ada orang berjalan untuk mennambah pengalaman. Ada orang berjalan untuk sesuatu maksud yang hanya dia sahaja mengetahuinya. Namun semua orang punya catatan perjalanan. Samada jauh, dekat, lama atau sekejap, bergantung pada keperluan masing-masing. Yang jelasnya kehidupan ini adalah suatu perjalanan.

Penulis namakan blog ini suatu catatan perjalanan kerana rasa untuk turut sama menyumbang dengan kadar upaya yang terbatas buat di kongsi bersama. Mula asalnya perjalanan ini penulis namakan ESPEDISI MEMPERBETUL SEJARAH.Kata orang sejarah ditulis oleh pihak yang menang. tapi walau apa pun, fakta sejarah adalah sesuatu yang tidak boleh ditipu atau diselewengkan.


Matlamat utama penulis dan rombongan, adalah untuk melihat, memahami, mendekati, menyelami atau apa sajalah istilah yang seerti dengannya yang boleh membawa maksud kepada apa yang dihasratkan diatas. Iaitu mencari Kampung Perdamaian yang dihuni oleh bekas anggota Rejimen Ke 10 tentera Rakyat Malaya dibawah pimpianan Rashid Maidin dan Abdullah CD.


berdsarkan maklumat asas ( penulis sebut maklumat asas kerana perjalanan kami tanpa dipandu oleh sesiapa atau dalam ertikata lain main redah aje ) katanya terletak di Daerah Sukrin dalam wilayah Narathiwat. Itu je makllumat yang ada. memang gila punya kerja. Cara pemergian tu macam nak pergi Chow Kitaje.


Mereka dilebel atau disebut bekas komunis. tak apalah apa saja istilah yang dilebelkan keatas mereka, walaupun istilah tersebut masih boleh diperbahaskan, tapi untuk memudahkan pemahaman sebagai merujuk kepada mereka, kita gunakan jugalah istilah yang sama kepada mereka. Ini ada hubungkait juga dengan cabaran dan rintangan yang kami hadapi sepanjang ekpedisi lima hari ini yang akan penulis ceritakan kemudian.


Penulis, isteri tercinta Norhayati bt Bachok, anakanda Muhamad Muadz dan anakanda Maryam bergerak dengan satu kereta ahad jam 7.00 pagi menghala ke Rantau Panjang Kelantan. selesai melepasi urusan sempadan kedua-dua negara. walaupun ada sedikit masalah bahasa jam 3.00 petang kami bergerak menyusuri jalan pantai mellalui Tak Bai menuju ke Bandar Narathiwat...

catatan perjalanan akan bersambung lagi..